BIMB Securities unjur masa depan Reservoir Link kekal mencabar | DagangNews Skip to main content

BIMB Securities unjur masa depan Reservoir Link kekal mencabar

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Nov - BIMB Securities Research mengunjurkan masa hadapan Reservoir Link Energy sangat mencabar selepas mengambil kira beberapa masalah projek yang tertunggak.

 

Firma itu berkata, prestasi 9MFY22 adalah di bawah unjuran dengan hasil sebanyak RM65juta (-17% dari tahun ke tahun) hanya membentuk 47% daripada ramalan tahun penuh.

 

Katanya, keadan itu adalah disebabkan oleh perbezaan masa antara unjuran yang dibuat dan kerja sebenar yang dilakukan.

 

"Bagaimanapun, tiada perubahan dibuat pada unjuran kami walaupun pendapatan kurang daripada ramalan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu 3QFY2 2merosot kepada RM428,000, daripada untung bersih RM5.84 juta setahun lalu, walaupun mencatatkan rekod hasil tertinggi RM41.43 juta berbanding RM38 .19 juta sebelum ini.

 

Peningkatan dalam hasil itu disebabkan oleh segmen tenaga boleh diperbaharui (RE) yang menyumbang 78.5% daripada jumlah hasil pada RM32.5 juta untuk 3QFY22.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu kembali mencatatkan keuntungan pada 3QFY22 dengan pendapatan melonjak sebanyak 141% kepada RM41.4 juta hasil perkembangan RE.  

 

Bagaimanapun, margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) adalah rendah pada paras 8.2% dengan projek solar RE menyediakan margin keuntungan yang rendah berbanding perkhidmatan minyak dan gas.

 

"Kami mengekalka saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 52 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com