Bukit Merah Laketown Resort destinasi percutian utama di utara Perak   | DagangNews Skip to main content

Bukit Merah Laketown Resort destinasi percutian utama di utara Perak  

oleh ZAKI SALLEH

TAMAN tema Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dekat Taiping, kekal menjadi destinasi percutian utama di utara Perak dengan menawarkan pelbagai tarikan.

 

Ia menyedikan aktiviti rekreasi berbeza di dalam satu tempat mengikut apa yang disukai oleh pengunjung.

 

Selain tarikan taman air, tidak kurang menarik ialah aktiviti seperti berkayak atau menaiki bot menyusuri Tasik Bukit Merah yang merupakan tasik buatan manusia pertama di Malaysia.

 

Bagi yang suka makan-makan pula, BMLR juga mempunyai tempat untuk menjamu selera dengan menyajikan pelbagai sajian yang enak untuk dinikmati.


 

laketown

 

laketown

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif MK Land Holdings Berhad, Datuk Faris Yahaya berkata, BMLR sentiasa menambah baik apa yang ditawarkan kepada pengunjung.

 

"Pengunjung boleh merasai pengalaman yang menyeronokkan sepanjang berada di taman tema ini dengan memilih aktiviti rekreasi yang diminati.

 

"Hanya di BMLR, kita menawarkan rekreasi seperti taman air, taman tema, aktiviti riadah hutan sambil menikmati alam semulajadi dan tidak ketinggalan Pulau Orang Utan," ujarnya.

 

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi meraikan kunjungan FAM Trip Bersama Media negeri Perak ke BMLR pada Jumaat lalu.Program dua hari tersebut adalah lawatan yang pertama melibatkan 15 petugas media daripada pelbagai agensi.

 

 

indon
Pemandangan indah melihat matahari naik dari bukit tinjau.

 

laketown

 

laketown

 

 

Sesi lawatan ini bagi memberi peluang kepada petugas media merasai sendiri pengalaman berada di taman tema itu termasuklah melakukan pelbagai aktiviti.

 

Antara tarikan baharu ialah Morning Walk mendaki bukit tinjau bagi menyaksikan pemandangan matahari naik yang begitu mempersonakan.

 

Turut dirasai ialah aktiviti rentas hutan pada waktu malam sejauh dua kilometer yang pastinya memberikan pengalaman baharu kepada yang belum pernah mencuba. - DagangNews.com