Cabnet raih kontrak RM46 juta daripada Jayaplus Development bagi kerja-kerja sistem pengagihan kuasa di Johor Bahru | DagangNews Skip to main content

Cabnet raih kontrak RM46 juta daripada Jayaplus Development bagi kerja-kerja sistem pengagihan kuasa di Johor Bahru

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Jun - Cabnet Holdings Bhd menerusi Cabnet M&E Sdn Bhd menerima subkontrak bernilai RM46 juta daripada Jayaplus Development Sdn Bhd bagi kerja-kerja sistem pengagihan kuasa 11KV HT/LV di Johor Bahru.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, subkotrak itu melibatkan kerja-kerja pembekalan, pemasangan, pengujian, pentauliahan dan penyelenggaraan sistem pengagihan itu.

 

"Kerja itu akan dimulakan pada 15 Jun 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 Julai 2027," katanya.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan dari tahun kewangan berakhir 28 Februari 2025 hingga 2028 dengan andaian tiada kelewatan material dalam masa seperti yang dinyatakan.

 

Kontrak itu juga tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham kumpulan.

 

Faktor risiko yang mempengaruhi kontrak terdiri daripada operasi dan pelaksanaan biasa risiko, yang mana syarikat akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkannya.- DagangNews.com