TOKYO, 3 April 2021 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pelancaran GSW-H1000, jam tangan pintar G-SQUAD PRO yang dikuasakan oleh Wear OS by Google™ dan padat dengan fungsi-fungsi yang dapat membantu penggunannya kekal cergas menggunakan fungsi matlamat aktiviti dan penjejakan kecergasan. GSW-H1000 ialah penambahan terkini kepada rangkaian G-SQUAD bergaya jam tangan G-SHOCK kalis hentakan.
Jam tangan pintar baharu ini dibina dengan semua ciri ketahanan pada jam tangan G-SHOCK, dengan rintangan hentakan dan rintangan air 200 meter. Ia juga merupakan jam tangan pintar G-SHOCK pertama yang berfungsi dengan Wear OS by Google.
Sebagai produk utama rangkaian G-SQUAD berfokuskan sukan, GSW-H1000 sangat bagus digunakan dalam pelbagai jenis persekitaran olahraga, bermula daripada aktiviti seperti berlari, senaman tertutup, berbasikal di jalan raya dan berenang, sehinggalah aktiviti yang lebih ekstrem seperti luncur air dan luncur salji.
Jam tangan baharu ini mempunyai sensor optik bagi mengukur kadar degupan jantung serta kompas, sensor tekanan ketinggian/udara, akselerometer, girometer, fungsi GPS dan banyak lagi.
Profil perkakasan yang hebat ini membolehkan jam tangan ini merekodkan data berhubung jarak, kelajuan dan langkah yang sangat berguna untuk mereka yang melakukan latihan fizikal.
Monokrom dua lapisan dan paparan warna menampilkan antara muka dengan susun atur tiga peringkat yang boleh disesuaikan oleh pengguna agar menepati matlamat mereka, meletakkan berbilang titik data di hujung jari mereka, yang mudah diakses secara sekilas.
Reka bentuk GSW-H1000 turut menyampaikan komitmen tanpa kompromi terhadap kebolehgunaan dengan tali jam uretana lembut yang memberi kefleksibelan dan ketahanan serta komponen khas yang digunakan antara tali jam dan bekas jam bagi memastikan padanan yang sangat selesa. - DagangNews.com