CBP tawar Pembiayaan Peribadi-i Al Yaseer dengan Kadar Keuntungan Terapung | DagangNews Skip to main content

CBP tawar Pembiayaan Peribadi-i Al Yaseer dengan Kadar Keuntungan Terapung

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Jan - Co-opbank Pertama (CBP) memperkenalkan produk pembiayaan peribadi islamik yang baharu iaitu Pembiayaan Peribadi-i Al Yaseer dengan Kadar Keuntungan Terapung yang boleh berubah mengikut Kadar Asas. 

 

CBP dalam satu kenyataan memberitahu, skim pembiayaan itu mula diperkenalkan pada 1 Januari 2022 dan merupakan produk yang fleksibel dan pasti menjadi antara pilihan pelanggan yang memerlukan pembiayaan peribadi dengan proses permohonan yang mudah dan kelulusan yang pantas.

 

"Kelebihan produk Pembiayaan Peribadi-i Al-Yaseer adalah ansuran bulanan yang boleh berubah jika berlaku perubahan kepada Kadar Keuntungan Terapung. 

 

"Pelanggan akan menikmati jumlah ansuran bulanan yang lebih rendah jika berlaku penurunan kepada Kadar Keuntungan Terapung disebabkan penurunan kepada Kadar Asas dan ia akan meringankan komitmen bulanan pelanggan.

 

"Bagaimanapun, perubahan kepada Kadar Keuntungan Terapung tidak akan melebihi Kadar Keuntungan Siling yang telah ditetapkan semasa akad perjanjian pembiayaan di antara pelanggan dan CBP," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.   

 

Pada masa sama, Ibra’ (rebat) juga akan diberikan kepada pelanggan mereka membuat penyelesaian awal sebelum tarikh matang pembiayaan.

 

banl

 

Selain itu, rebat juga akan diberikan ke atas jumlah keuntungan yang dikenakan berdasarkan perbezaan di antara Kadar keuntungan Terapung dan Kadar Keuntungan Siling.

 

Pemohon dalam kalangan penjawat awam atau swasta adalah layak untuk memohon Pembiayaan Peribadi-i Al-Yaseer.  

 

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pembiayaan Peribadi-i Al-Yaseer ini boleh layari laman web www.cbp.com.my atau hubungi 1 300 88 7650 selain berkunjung ke cawangan CBP terdekat di seluruh negara untuk mendapatkan maklumat. - DagangNews.com