Censof raih kontrak Sistem Pengurusan Kekayaan bernilai RM4.39 juta daripada PT Bank Tabungan Negara | DagangNews Skip to main content

Censof raih kontrak Sistem Pengurusan Kekayaan bernilai RM4.39 juta daripada PT Bank Tabungan Negara

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Nov - Censof Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya, PT Praisindo Teknologi menerima surat tawaran bertarikh PT Bank Tabungan Negara (Persero) Tbk berhubung perolehan Sistem Pengurusan Kekayaan bernilai RM4.39 juta.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, tempoh projek berkenaan adalah selama 365 hari bermula dari 10 November 2022.

 

"Semakan pasca pelaksanaan adalah 90 hari kalendar dan 365 hari kalendar untuk penyelenggaraan bermula tarikh semakan selepas pelaksanaan, tanpa pilihan untuk melanjutkan dan/atau memperbaharui apabila projek tamat," katanya.

 

Lembaga Pengarah Censof berpendapat bahawa projek itu adalah demi kepentingan terbaik syarikat dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023 dan seterusnya.

 

Mereka juga tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan projek.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama dan orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang saham utama mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam projek. - DagangNews.com