CGS-CIMB henti liputan terhadap Scientex Packaging | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB henti liputan terhadap Scientex Packaging

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Dis - CGS-CIMB Research menghentikan liputan terhadap Scientex Packaging Berhad disebabkan pengagihan semula sumber.

 

Selepas menyemak penilaian penyelidikannya, firma itu berkata, mereka tidak lagi akan membuat liputan terhadap kumpulan itu pada masa hadapan.

 

"Atas dasar itu, semua unjuran, penilaian dan syor sebelum ini tidak boleh lagi digunakan bagi sebarang keputusan pelaburan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Untung bersih kumpulan itu meningkat 25% untuk 1QFY23 apabila hasil meningkat didorong permintaan yang lebih tinggi dalam jualan domestik dan eksport, selain harga bahan mentah yang lebih rendah.

 

Kumpulan itu adalah 72% dimiliki oleh Scientex Berhad.

 

Untung bersihnya untuk 1QFY23 meningkat kepada RM12.28 juta berbanding  RM9.8 juta pada 1QFY22 manakala hasil meningkat 19% kepada RM213.92 juta daripada RM180.31 juta.

 

Walaupun berdepan persekitaran luaran yang semakin tidak menentu, permintaan untuk produknya kekal berdaya tahan secara relatifnya kerana ia meneruskan usaha sama dengan pemilik jenama global dan tempatan untuk memenuhi matlamat kemampanannya. - DagangNews.com