CGS-CIMB jangka hasil VS Industry berkembang positif untuk 2QFY23 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB jangka hasil VS Industry berkembang positif untuk 2QFY23

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Dis - CGS-CIMB Research menjangkakan momentum hasil VS Industry Berhad akan terus kukuh bagi 2QFY23 didorong oleh peningkatan tempahan.

 

Firma itu berkata, ia juga hasil daripada peningkatan pengeluaran model baharu daripada pelanggan X dan Y.

 

"Bagaimanapun, kami kekal berhati-hati terhadap prospek pendapatan kumpulan itu selepas mengambil kira permintaan yang semakin perlahan untuk produk elektronik pengguna kesan daripada kemelesetan ekonomi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu untuk suku pertama berakhir 31 Oktober 2022 melonjak 54% kepada RM60.71 juta daripada 39.39 juta setahun sebelum itu.

 

Hasil kumpulan bagi 1QFY23 melonjak 33.7% kepada RM1.29 bilion berbanding RM967.99 juta pada tahun sebelumnya.

 

BACA JUGA: Untung bersih VS Industry melonjak kepada RM60.71 juta pada suku pertama

 

Bagaimanapun, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA),kumpulan menguncup sebanyak 2.4% mungkin disebabkan oleh kos permulaan yang ditanggung untuk model produk yang lebih baharu.

 

Katanya, jualan yang lebih kukuh mengimbangi penguncupan margin EBITDA membolehkan kumpulan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.6% pada 1QFY23.

 

"Kami mengekalkan saranan 'pegang' terhadap kumpulan dengan harga sasaran (TP) RM1.00 sesaham.

 

"Kumpulan itu bagaimanapun tetap berdepan risiko kekurangan permintaan terhadap produk keluaran mereka," katanya. - DagangNews.com