CGS-CIMB ramal AirAsia terbitkan 4 bilion saham baharu | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB ramal AirAsia terbitkan 4 bilion saham baharu

AirAsia Group Bhd.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 26 Ogos - CGS-CIMB Research membuat ramalan bahawa syarikat AirAsia Group Bhd. bakal menerbitkan empat bilion saham baharu pada tahun ini.

Saham baharu yang bakal diterbitkan itu akan dibuka pada harga 35 sen.

"Saham baharu pada harga 35 sen setiap unit adalah untuk meningkatkan RM1.4 bilion dalam ekuiti baharu untuk tahun ini.

"Jangkaan itu dibuat meskipun terbitan ekuiti pada tahun kewangan 2021 berkemungkinan melambung," jelas CGS-CIMB Research.

CGS-CIMB Research memberitahu, ramalan itu dibuat susulan keperluan syarikat berkenaan untuk mengumpul jumlah modal baharu hingga RM2.5 bilion.

Perkara tersebut disebabkan oleh penurunan dalam jumlah baki tunai iaitu RM1.6 bilion selama enam bulan pertama tahun ini.

Penurunan berkenaan menjadikan baki tunai AisAsia pada enam bulan pertama 2020 adalah RM996 juta.

Jumlah itu menurun sebanyak RM1 bilion pada suku pertama 2020 dan RM0.6 bilion pada suku kedua 2020.

Penurunan aliran tunai akan menjadi lebih perlahan pada suku ketiga 2020 kerana AirAsia perlu menyusun semula sebahagian besar lindung nilai bahan bakarnya yang berlebihan dan memulakan semula operasi penerbangan domestik di Malaysia apabila perjalanan antara negara mula dibuka sejak 10 Jun lalu.

Perkara tersebut juga dinilai berdasarkan kepada kekurangan jumlah penerbangan ke Indonesia, Filipina dan India akibat kadar jangkitan wabak COVID-19 yang masih tinggi. - DagangNews.com