CGS-CIMB Research jangka Lee Swee Kiat Group catat keputusan lebih baik pada 4QFY22 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research jangka Lee Swee Kiat Group catat keputusan lebih baik pada 4QFY22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Nov - CGS-CIMB Research menjangkakan Lee Swee Kiat Group Berhad akan mencatatkan keputusan yang lebih baik pada 4QFY22.

 

Firma itu berkata, suku keempat biasanya suku yang paling kukuh untuk kumpulan itu kerana mereka akan menjual lebih banyak jualan katil menjelang sambutan Hari Krismas.

 

Katanya, jualan mereka juga akan didorong oleh penganjuran pameran perabot yang lebih tinggi dalam tempoh itu.

 

"Kami menjangkakan kumpulan itu akan terus mendapat manfaat dariada penurunan harga keluli dan lateks asli sejak 3QFY22 dan ia akan memberi pengembangan margin keuntungan pada suku berikutnya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih teras bagi 9MFY22 meningkat sebanyak 47.1% kepada RM8.8 juta.

 

Peningkatan itu didorong ketiadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membuatkan jualan domestik meningkat lebih tinggi.

 

Firma itu berkata, jualan eksport kumpulan itu dari tahun ke tahun bagi 9MFY22 menurun antara 30% hingga 40%. 

 

Katanya, ia disebabkan oleh kemampuan pengguna yang lebih rendah (harga jualan yang lebih tinggi daripada kenaikan kedua-dua harga pengangkutan dan kos input) dan corak perbelanjaan pengguna yang lemah.

 

"Dengan kadar tambang yang menurun, kami menjangkakan jualan eksport akan bertambah baik dari 1QFY23 dan disokong oleh rancangan kumpulan untuk menambah baik aktiviti pemasaran untuk jualan luar negara," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) RM1.17 sesaham. - DagangNews.com