CGS-CIMB Research unjur pendapatan 4QFY22 Hap Seng Plantations lebih rendah | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB Research unjur pendapatan 4QFY22 Hap Seng Plantations lebih rendah

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Nov - CGS-CIMB Research jangka Hap Seng Plantations Holdings Berhad raih keuntungan dari suku tahu ke suku tahun lebih rendah pada 4QFY22 didorong oleh pegeluaran buah tandan segar tetapi diimbangi harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih lemah.

 

Firma itu berkata, perbandingan suku tahun ke suku tahun, hasil 3QFY22 kumpulan itu jatuh 26% apabila dengan 9% lonjakan pengeluaran BTS telah dibayangi penurunan MSM dan isirung sawit masing-masing sebanyak 23% dan 33%.

 

Katanya, keadaan itu ditambah dengan kenaikan 8% dalam kos operasi menjadikan pendapatan sesaham (EPS) teras 3QFY22 46% lebih rendah.

 

"Kenaikan mendadak dalam kos operasi disebabkan oleh harga baja yang lebih tinggi ditambah dengan kos pengangkutan yang lebih tinggi.

 

"Harga jualan purata MSM yang dicapai kumpulan meningkat 20% kepada RM5,219 satu tan pada 3QFY22, premium 30% kepada purata harga MSM 3QFY22 Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sebanyak RM3,989 satu tan," katanya nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih RM22.88 juta pada 3QFY22 susut 56.78% daripada RM52.93 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

 

Hasilnya, pendapatan EPS kumpulan perladangan itu turun kepada 2.86 sen sesaham pada 3QFY22, berbanding 6.62 sen sesaham pada suku yang sama.

 

Penurunan keuntungan bersih disebabkan terutamanya oleh kos pengeluaran yang lebih tinggi akibat kos baja dan diesel yang lebih tinggi, serta kenaikan gaji minimum.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) RM2.52.

 

"Kami mengurangkan unjuran EPS teras untuk FY22 sebanyak 30% kesan daripada ketidaktentuan harga MSM," katanya. - DagangNews.com