KUALA LUMPUR 18 Jan - Bursa Malaysia dan semua anak syarikatnya akan ditutup pada hari Isnin, 23 Januari 2023 dan Selasa, 24 Januari 2023 sempena Tahun Baru Cina 2023.
Bursa dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada hari Rabu, 25 Januari 2023.
Bursa Malaysia akan terus dibuka untuk dagangan pada hari Jumaat, 20 Januari 2023, seperti biasa. - DagangNews.com