Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Wabak COVID-19 sekali lagi merekodkan jumlah jangkitan tertinggi di Malaysia sebanyak 22,948 kes.
Jumlah tersebut sekali gus melangkaui 22,242 yang dicatatkan semalam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam statistik hariannya menunjukkan kes tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu sebanyak 7,175.
Jumlah tersebut diikuti Sabah (2,583) dan Kedah (2,137).
Sementara itu, enam buah negeri merekodkan angka jangkitan melebihi 1,000 iaitu Johor (1,526), Pulau Pinang (1,655) Kuala Lumpur (1,439), Kelantan (1,271), Perak (1,229) dan Sarawak (1,206).
Empat buah negeri lain menyaksikan kadar jangkitan di bawah paras 1,000 iaitu Mekala (737), Pahang (736), Terengganu (621) dan Negeri Sembilan (556).
Bagaimanapun, Putrajaya, Perlis dan Labun masing-masing mencatatkan jumlah jangkitan sebanyak 26, 42 dan 9 kes.
Hingga hari ini, jumlah kumulatif jangkitan di Malaysia mencecah 1,489,460. - DagangNews.com