COVID-19 masih mengganas, 21,468 kes dicatat hari ini | DagangNews Skip to main content

COVID-19 masih mengganas, 21,468 kes dicatat hari ini

COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Situasi penularan jangkitan semasa menunjukkan wabak COVID-19 masih mengganas di Malaysia.

 

Meskipun sedikit menurun berbanding 21,668 kes semalam, jumlah jangkitan baharu hari ini mencecah 21,468.

 

Perkembangan harian yang dicatatkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di Malaysia mencecah 1,363,683.

 

'

 

Menurut data yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pecahan kes mengikut negeri menunjukkan Selangor kekal dengan jumlah tertinggi sebanyak 7,449.

 

Jumlah tertinggi itu diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2,183), Kedah (1,807), Sabah (1,654), Johor (1,485), Pulau Pinang (1,316) dan Kelantan (1,088).

 

Lain-lain negeri masih mencatatkan kes jangkitan di bawah paras 1,000 seperti Negeri Sembilan (974), Perak (940), Sarawak (715), Melaka (723), Pahang (572) dan Terengganu (440).

 

Sementara itu, Perlis, Putrajaya dan Labuan mencatatkan kes jangkitan di bawah 100, masing-masing sebanyak 50, 66 dan 6 kes. - DagangNews.com