Coway umum BTS sebagai Duta Jenama Baharu | DagangNews Skip to main content

Coway umum BTS sebagai Duta Jenama Baharu

SEOUL 18 Mac 2021 /PRNewswire/ - Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," menamakan BTS yang dicalonkan untuk Anugerah Grammy daripada Big Hit Entertainment sebagai duta jenama global baharu.

 

"Tahun 2021 merupakan tahun yang sangat penting untuk Coway memperluaskan kehadiran jenama kami sebagai peneraju global bagi industri perkakas rumah persekitaran. Kami berbesar hati untuk melantik BTS sebagai duta global kami. Kami bersedia untuk mengukuhkan kehadiran global kami melalui projek pemasaran digital yang menarik yang akan mendekati kumpulan pengguna yang lebih besar," kata Mani Shim, Ketua Bahagian Pemasaran di Coway.

 

coway

 

Baik Coway mahupun Big Hit Entertainment merupakan entiti global atas usaha mereka sendiri, menjadikan usaha ini sebagai kolaborasi yang hebat. Coway, peneraju pasaran bagi perkakas rumah persekitaran di Korea Selatan, mengembangkan perniagaannya ke pasaran global. Big Hit Entertainment ialah syarikat hiburan global di sebalik bintang unggulan global BTS, selain aksi global lain termasuk 'TXT(TOMORROW X TOGETHER).'

 

Pelantikan Coway terhadap BTS, sebuah kumpulan penyanyi terkenal kerana menarik minat pelbagai khalayak dari serata dunia akan membantu syarikat ini mendekati dan menarik minat sasaran yang lebih luas.

 

Meskipun Coway sudahpun diiktiraf di peringkat global, kemasyhuran BTS akan membolehkan syarikat ini memperluaskan kehadiran antarabangsanya, mendekati pengguna baharu dan meningkatkan kesedaran jenama.

 

BTS akan menjadi duta jenama global yang mewakili imej korporat dan produk seperti pembersih air, pembersih udara dan tilam. Video-video promosi untuk produk inovatif Coway yang dibintangi oleh BTS akan dilancarkan pada platform digital lewat bulan ini.

 

coway

 

Selain daripada BTS, syarikat ini juga mempunyai rancangan masa depan untuk berkolaborasi dengan artis-artis Big Hit dalam pelbagai projek pemasaran.

 

Coway Co., Ltd. ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, sebagai sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti pembersih air, pembersih udara, bidet dan tilam.

 

Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif.

 

Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama.

 

Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand dan China, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. - DagangNews.com