Cross Light Capital, Affin Bank lancar dana aset digital pertama diurus secara aktif | DagangNews Skip to main content

Cross Light Capital, Affin Bank lancar dana aset digital pertama diurus secara aktif

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Jun - Cross Light Capital dan Affin Bank Bhd mengumumkan pelancaran dana aset digital pertama yang diurus secara aktif di Malaysia.

 

Dana inovatif itu ditetapkan untuk menjadi yang pertama di Malaysia yang menawarkan pelanggan Affin Invikta peluang pelaburan "triple play" yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam aset digital.

 

Affin Bank menerusi Affin Invikta akan mengagihkan dana aset digital Cross Light Capital dan menyediakan pelanggannya akses pertama seumpamanya kepada kepelbagaian portfolio termasuk Bitcoin, Ethereum dan syarikat tersenarai yang terdedah kepada blok rantaian.

 

Dana aset digital baharu yang diuruskan oleh pasukan pengurus dana alternatif berpengalaman Cross Light Capital, akan menawarkan pelabur pendedahan kepada portfolio aset digital termasuk mata wang kripto, perusahaan berasaskan blokchain dan kelas aset digital lain.

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Cross Light Capital, Jason Lee berkata, pihaknya teruja bekerjasama dengan Affin Bank untuk membawa dana aset digital unik ini kepada pasaran Malaysia.

 

"Pendekatan kami menguruskan secara aktif membolehkan kami mengawal ruang aset digital dinamik dengan berkesan, memberikan pelanggan kami keadah pelaburan yang canggih melangkaui kelas aset tradisional.

 

"Aset digital ialah peluang pelaburan yang menarik dengan pemacu pertumbuhan yang ketara seperti Bitcoin sebagai simpanan nilai, potensi kewangan yang besar dan terdesentralisasi dan penerimaan kontrak pintar dalam Ether dan pemacu permintaan yang ketara kerana pelabur institusi hanya mula melabur dalam aset digital," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Ketua Pengurusan Kekayaan Affin Bank, Calvin Goon Cheng Yu berkata, dengan menawarkan akses kepada dana aset digital Cross Light Capital, ia membolehkan pelanggan mereka mempelbagaikan portfolio dan memanfaatkan potensi ekonomi digital.

 

"Peluang pelaburan ini boleh diakses dengan mudah melalui dana borong yang disimpan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, memastikan perlindungan dan kemudahan pelabur," katanya.- DagangNews.com