DAP mohon maaf atas kenyataan menyinggung perasaan kerajaan, rakyat Sarawak - Anthony Loke | DagangNews Skip to main content

DAP mohon maaf atas kenyataan menyinggung perasaan kerajaan, rakyat Sarawak - Anthony Loke

KUALA LUMPUR 24 Nov - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mewakili parti itu memohon maaf secara terbuka atas sebarang kenyataan pemimpin parti itu yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.

 

"Saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Menurut Loke, pada pagi ini, beliau telah membuat kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg di kediaman beliau di Kuching. Turut hadir bersama ialah Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

 

"Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra.

 

"Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.

 

"Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif," kata beliau. - DagangNews.com