Dayang Enterprise terima lanjutan kontrak penyelenggaraan daripada Mubadala Energy sehingga Disember 2024 | DagangNews Skip to main content

Dayang Enterprise terima lanjutan kontrak penyelenggaraan daripada Mubadala Energy sehingga Disember 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Jan - Dayang Enterprise Holdings Berhad memperoleh lanjutan kontrak peruntukan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian Pan Malaysia (PM-MCM) daripada Mubadala Energy. 

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Dayang berkata, lanjutan kontrak itu telah diterima oleh anak syarikatnya, Dayang Enterprise Sdn Bhd (DESB) bagi tempoh setahun lima bulan dan 15 hari bermula 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2024.

 

Katanya, kontrak itu pertama kali diberikan oleh Mubadala Energy pada 9 Disember 2020 dan tkekal berkuat kuasa sehingga 16 Julai 2023.

"Nilai lanjutan kontrak itu adalah berdasarkan pesanan kerja yang dikeluarkan oleh Mubadala Energy sepanjang tempoh lanjutan," katanya.

 

Kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas modal terbitan syarikat, dan dijangka menyumbang kepada pendapatan Dayang Enterprise sepanjang tempoh kontrak.

 

Kumpulan itu berkata, antara faktor yang mempengaruhi kontrak tersebut termasuk risiko pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga kerja mahir dan kekurangan bahan mentah, perubahan harga bahan, perubahan senario politik, ekonomi dan peraturan. - DagangNews.com