DC Healthcare teruskan momentum pertumbuhan melalui pembukaan cawangan baharu DC Body di USJ Taipan | DagangNews Skip to main content

DC Healthcare teruskan momentum pertumbuhan melalui pembukaan cawangan baharu DC Body di USJ Taipan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 Mac - DC Healthcare Holdings Bhd meneruskan momentum pertumbuhan kumpulan dengan pembukaan  outlet DC Body baharu di USJ Taipan, Subang Jaya, Selangor.

 

Kumpulan tersebut berkata, pembukaan itu menandakan satu langkah penting dalam misi DC Healthcare untuk menjadikan perkhidmatan estetik dan kesihatan unggul lebih mudah diakses sambil terus memenuhi pelbagai keperluan pelanggannya yang semakin meningkat.

 

Katanya, DC Body - USJ Taipan mewakili lonjakan inovatif untuk DC Healthcare, memperluaskan tawaran kumpulan ke dalam pengurusan berat badan khusus, kaunseling pemakanan peribadi dan kontur badan. 

 

"DC Body - USJ Taipan direka selaras dengan falsafah penjagaan peribadi kumpulan, holistik dan dibangunkan dengan kerjasama profesional perubatan yang dihormati dari Klinik Dr. Chong dan pakar pemakanan bertauliah. 

 

"Dengan menyatukan teknologi canggih dengan program kesihatan yang khusus, DC Body menyasarkan untuk mentakrifkan semula perjalanan kesejahteraan bagi individu yang mencari rumusan penjagaan badan dan kesihatan transformatif komprehensif," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr Chong Tze Sheng, pihaknya teruja untuk memperkenalkan pusat DC Body, meluaskan spektrum perkhidmatan kesihatan dan estetik pihaknya. 

 

"Pengembangan ke USJ Taipan ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kami untuk kecemerlangan dan inovasi tetapi juga menandakan tindak balas kami terhadap permintaan yang semakin meningkat untuk rumusan estetik dan kesejahteraan holistik," katanya.

 

 

dc
Dr Chong Tze Sheng

 

 

Menurut kenyataan itu, memandangkan DC Healthcare terus meluaskan jangkauan geografinya, penempatan strategik cawangan baharu dijangka menyumbang dengan ketara kepada trajektori pertumbuhan kumpulan. 

 

Katanya, dengan komitmen teguh terhadap kualiti, inovasi dan kepuasan pesakit, DC Healthcare dilengkapi dengan baik untuk menerajui landskap perubatan estetik serta kesejahteraan yang sentiasa berkembang, menjanjikan masa depan yang mana estetika dan kesihatan berjalan seiring. - DagangNews.com