Econpile dijangka catat kerugian RM12 juta pada FY24 kesan daripada projek margin rendah, lebihan kos | DagangNews Skip to main content

Econpile dijangka catat kerugian RM12 juta pada FY24 kesan daripada projek margin rendah, lebihan kos

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 15 Mac - RHB Investment menjangkakan Econpile Holdings Bhd mencatatkan kerugian RM12 juta pada FY24 berbanding keuntungan RM1 juta kesan daripada beberapa projek yang menawarkan margin rendah.

 

Katanya, unjuran itu dibuat berdasarkan andaian margin yang lebih konservatif walaupun kumpulan itu meningkatkan sasaran penambahan kerja kepada RM420 juta bebranding RM300 juta.

 

"Unjuran itu dibuat selepas mengambil kira pengiktirafan beberapa projek margin rendah yang mengalami lebihan kos.

 

"Bagaimanapun, kami menyemak naik pendapatan kumpulan bagi FY25 hingga FY26 lebih daripada 100% selepas mengambil kira margin yang lebih baik dan kadar penambahan kerja lebih tinggi sebanyak  RM450 juta (berbanding RM300 juta dan RM350 juta itu)," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Econpile raih kontrak kerja substruktur bernilai RM83 juta bagi pembinaan kediaman di Bukit Tunku

 

Firma penyelidikan itu bagaimanapun optimis terhadap prospek kumpulan itu selepas kumpulan itu berjaya meraih enam projek pada FY24, menunjukkan momentum positif dari segi penambahan kerja.

 

Kumpulan itu juga dijangka mencatatkan pemulihan pada FY25 disokong momentum yang lebih baik dalam kemenangan pekerjaan baharu dan sentimen pasara yang lebih menggalakan dalam ruang pembinaan.

 

Katanya, buku tender Econpile berjumlah RM1 bilion termasuk dua projek di Kemboja (AS$10 juta setiap satu) dan ia merangkumi projek hartanah swasta, infrastruktur dan projek pembinaan bangunan.

 

"Kami menjangkakan margin yang lebih baik bermula FY25F dan seterusnya, disebabkan oleh harga bahan yang lebih stabil dan tekanan kos sisa yang berkurangan daripada projek pembangunan hartanah swasta yang diperoleh antara FY20 hingga FY22 apabila ia hampir siap," katanya.

 

Firma penyelidikan itu bagaiamanpun menyemak naik penarafan kumpulan kepada 'beli' berbanding 'jual' dengan harga sasaran (TP) 51 sen sesaham. - DagangNews.com