EPS Sunway dikurangkan hingga 26% | DagangNews Skip to main content

EPS Sunway dikurangkan hingga 26%

Sunway Bhd.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 26 Ogos - CGS-CIMB Research mengurangkan jangkaan perolehan sesaham (EPS) syarikat Sunway Bhd. sebanyak 19% hingga 26% bagi tahun kewangan 2020 hingga 2022.

Jelas CGS-CIMB Research, pengurangan tersebut dibuat bagi menjelaskan dua perkara utama terhadap prestasi syarikat berkenaan.

"Pengurangan hingga 26% itu dibuat untuk menunjukkan pendapatan yang lemah bagi kuari dan pelaburan hartanah.

"Ia juga adalah disebabkan oleh kerugian berterusan dalam segmen penjagaan kesihatan," jelas CGS-CIMB Research.

Manakala harga sasaran saham (TP) di'pegang' pada harga lebih rendah.

Sunway mencatatkan penurunan pendapatan terbesar dalam pelaburan hartanah dan pembinaan pada suku kedua 2020.

Prestasi tersebut menyaksikan penurunan sebanyak 68% berbanding tahun sebelumnya didorong oleh permintaan pembekuan kerja dan perolehan runcit serta hotel yang lebih lemah.

Manakala segmen perdagangan dan pembuatan turut mengalami penurunan sebanyak 39% hingga 40% berbanding tahun sebelumnya pada suku kedua 2020.

Perkara tersebut adalah disebabkan oleh prestasi jualan domestik dan luar negara yang lemah serta penurunan permintaan bahan binaan. 

Bagaimanapun, kemasukan Sunway Medical Center Velocity  (SMCV) dalam segmen penjagaan kesihatan meningkatkan hasil segmen berkenaan sebanyak 3% pada separuh pertama 2020 berbanding tahun sebelumnya. - DagangNews.com