Fasa 3 Myra Saujana tawar konsep kediaman gaya baharu | DagangNews Skip to main content

Fasa 3 Myra Saujana tawar konsep kediaman gaya baharu

Fasa 3 Myra Saujana

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 15 Jun - Pemaju hartanah, Myra meneruskan pembangunan projek Myra Saujana Fasa 3 dengan menawarkan konsep kediaman mengikut norma baharu.

 

Fasa terbaharu itu dibangunkan mengikut maklum balas penduduk bagi mewujudkan kediaman yang lebih baik.

 

Pelancaran projek Fasa 3 Myra Saujana merangkumi kediaman superlink dua tingkat dan rumah jenis Semi-D yang terletak di Sungai Merab, Dengkil.

 

Fasa 3 Myra Saujana

 

Pengurus Besar Myra, Wendy Lim berkata, pihaknya lebih mengutamakan pendapat dan hubungan bersama pelanggan sebelum mengeluarkan produk.

 

"Pembeli rumah lebih memerlukan rumah yang selesa untuk mereka, dan ia menjadi tanggungjawab kami untuk mengenali mereka dengan lebih baik sekali gus membantu kami membangunkan produk yang lebih tepat," jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Fasa 3 Myra Saujana akan menawarkan lebih banyak kediaman superlink dan Semi-D dua tingkat yang lebih menekankan kepada ruangan, fleksibiliti dan kemudahan seiring dengan gaya hidup baharu.

 

Fasa 3 Myra Saujana
Fasa 3 Myra Saujana.

 

Sebanyak 46 unit rumah Superlink dua tingkat akan dibina dengan keluasan 2,130 kaki persegi dengan keluasan tanah 22’ x 70’.

 

Dengan tawaran harga bermula RM610,000, pembeli rumah dapat menjimatkan kos pengubahsuaian kerana keseluruhan kediaman dibangunkan dengan konsep yang menepati 'citarasa' pembeli.

 

Jelas beliau, ini kerana tingkat pertama telah diluaskan sepenuhnya selain tingkap yang dibina bagi setiap kawasan bagi tujuan pencahayaan semula jadi.

 

Dijangka siap sepenuh pada 2023, pembinaan fasa berkenaan melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM54,392,300. - DagangNews.com