Flash Coffee raih Dana US$15j bagi lancarkan 300 outlet baharu di Asia | DagangNews Skip to main content

Flash Coffee raih Dana US$15j bagi lancarkan 300 outlet baharu di Asia

 

SINGAPURA, 7 April /PRNewswire/ -- Flash Coffee, rangkaian kopi didayakan teknologi yang disokong oleh Rocket Internet mengumumkan bahawa ia telah mengumpul sebanyak US$15 juta dalam pendanaan Siri A menerusi satu pusingan yang dipimpin oleh White Star Capital.

 

Proses tersebut turut disertai pelabur-pelabur terkemuka termasuk DX Ventures yang disokong oleh Delivery Hero, Global Founders Capital dan Conny & Co. Pusingan Siri A ini menetapkan jumlah modal yang dikumpul oleh Flash Coffee sebanyak US$20 juta.

 

Flash Coffee dilancarkan pada Januari 2020 dan kini beroperasi di 50 lokasi sekitar Singapura, Thailand dan Indonesia. Flash Coffee telah menikmati daya tarikan yang kuat dalam pasarannya meskipun ketika berlakunya pandemik ini; dengan kebanyakan kedainya telahpun mencapai keuntungan serta menunjukkan kejayaan model perniagaannya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif David Brunier dan Ketua Pegawai Operasi & Ketua Pegawai Kewangan Sebastian Hannecker bersama-sama menubuhkan syarikat ini untuk menjadikan kopi premium boleh diakses oleh kumpulan pertengahan Asia yang semakin meningkat.

 

Model perniagaan ambil-dan-pergi (grab-and-go) yang disruptif daripada Flash Coffee membolehkan penjimatan kos yang besar disampaikan kepada pelanggan.

 

"Impian kami adalah untuk menjadikan Flash Coffee berada di setiap 500 meter di semua bandar utama Asia," kata Brunier. 

 

flashcoffee

 

"Sokongan pelabur yang padu untuk pusingan Siri A kami membolehkan kami untuk memanfaatkan potensi yang belum diterokai di wilayah ini dan mengulangi kejayaan kami dalam tujuh pasaran baharu pada tahun ini: Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

 

"Kami juga akan membina sebuah ibu pejabat serantau di Singapura dan memperluaskan hab teknologi serantau kami di Jakarta kepada 50 orang untuk menyokong visi kami bagi memanfaatkan sepenuhnya teknologi demi meningkatkan pengalaman pelanggan, memacu pertumbuhan dengan proaktif dan meningkatkan kecekapan operasi dengan ketara," katanya.

 

Syarikat ini menyasarkan untuk mendigitalkan industri kopi yang didominasi perkhidmatan luar talian hari ini dengan aplikasi pengguna yang baru dilancarkan yang mempunyai ciri pengambilan yang diperkemas, program kesetiaan sofistikated, promosi diperibadikan dan cabaran interaktif. 

 

Aplikasi barista khusus miliknya meningkatkan kecekapan operasi kedainya dan memberikan insentif mengikut prestasi untuk baristanya bagi memastikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan.

 

Flash Coffee ialah rangkaian kopi didayakan teknologi berpangkalan di Singapura yang menyajikan menu minuman berkualiti tinggi yang memenangi anugerah pada harga yang berpatutan.

 

Pelanggan boleh menggunakan aplikasi Flash Coffee untuk memesan dan membayar secara dalam talian, memilih untuk mengambil pesanan dari salah satu depan kedai kuning ikonik jenama ini atau membuat pesanan bagi penghantaran melalui platform-platform utama dalam setiap pasaran. 

 

Juara Seni Latte Dunia Arnon Thitiprasert mencipta menu minuman uniknya yang disajikan dengan bahan-bahan premium dan biji kopi Arabika 100% dengan teliti. - DagangNews.com