G-AsiaPacific dinobat sebagai Rakan Perunding Amazon Web Services (AWS) 2021 | DagangNews Skip to main content

G-AsiaPacific dinobat sebagai Rakan Perunding Amazon Web Services (AWS) 2021

Ketua Pegawai Eksekutif G-AsiaPacific, Mark Goh

 

 

KUALA LUMPUR 14 Julai – G-AsiaPacific Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai Rakan Perunding Amazon Web Services (AWS) 2021 (Malaysia) di Sidang Kemuncak Rakan AWS, sebagai mengiktraf firma itu yang terus kekal menyumbang dan membangunkan penyelesaian awan untuk usahawan, korporat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat pasaran pertengahan dan juga syarikat multi nasional di Malaysia dan juga seluruh ASEAN. 

 

G-AsiaPacific adalah anak syarikat milik penuh K-One Technology Berhad, syarikat yang disenaraikan di Pasaran Ace  Bursa Malaysia. G-AsiaPacific dan AWS telah bekerjasama sejak 2012, apabila syarikat telah dilantik oleh AWS Consulting Partner dan AWS Solution Provider. Pada 2017, G-AsiaPacific menjadi rakan perunding bagi AWS Advanced Consulting Partner. Ini diikuti dengan penyertaan AWS dalam program rakan sektor awam pada tahun 2018.

 

Ketua Pegawai Eksekutif G-AsiaPacific, Mark Goh berkata, pengiktirafan ini menunjukkan komitmen kukuh syarikat ke arah komuniti AWS Partner Network (APN). 

 

"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada AWS. Kami berbangga dengan pencapaian ini dengan komitmen kami dalam membangunkan dan melaksanakan penyelesaian awan terkini dalam pelbagai industri termasuk peruncitan, penjagaan kesihatan, media, perkhidmatan, perkilangan, pendidikan dan sektor awam seluruh rantau ASEAN.

 

"Kami komited untuk membantu syarikat untuk mendapatkan perkhidmatan awan terbaharu AWS bagi menjalani proses transformasi ke arah perniagaan digital seiring dengan perubahan norma baharu kini malah ia bersesuaian bukan sahaja terbuka kepada syarikat korporat utama, syarikat multi nasional tetapi juga untuk PKS dan syarikat bersaiz pertengahan. Anugerah ini akan membantu melonjakkan pertumbuhan syarikat di seluruh rantau ASEAN," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Pengarah Urusan AWS ASEAN, Conor McNamara berkata, pihaknya yakin G-AsiaPacific akan menjadi penghubung kepada kumpulan.

 

"Memenuhi keperluan pelanggan melalui perkongsian bersama kini adalah lebih menarik 12 bulan yang lalu, yang mana kami memiliki ramai rakan ASEAN yang terus maju ke depan melalui sokongan daripada pelanggan,” jelas beliau.

 

Dalam tempoh kelayakan anugerah tersebut, G-AsiaPacific telah mencatat pertumbuhan pendapatan tahunan yang menggalakkan seiring dengan prestasi yang konsisten ditunjukkan sepanjang tahun berkenaan.

 

Ini merupakan anugerah kedua bagi G-AsiaPacific sejak ia dilantik sebagai Rakan Perunding Hadapan sejak 2017. Pada 2019, syarikat telah dianugerahkan sebagai Rakan Negara AWS Malaysia.

 

Dua anugerah yang dimenangi G-AsiaPacific dalam tempoh tiga tahun itu menunjukkan komitmen syarikat dalam memberi nilai perniagaan kepada pelanggan melalui perluasan perkhidmatan pembangunan awan moden AWS.  - DagangNews.com