Gangguan IT global jejaskan 5 agensi kerajaan, 9 syarikat - Gobind | DagangNews Skip to main content

Gangguan IT global jejaskan 5 agensi kerajaan, 9 syarikat - Gobind

KUALA LUMPUR 24 Julai - Sebanyak lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat swasta terjejas akibat gangguan teknologi maklumat (IT) global pada 19 Julai 2024, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

 

Lima agensi kerajaan membabitkan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Institut Kesihatan Negara dan Lembaga Zakat Kedah.

 

Selain itu, sembilan syarikat swasta terbabit pula melibatkan sektor penerbangan, perbankan dan penjagaan kesihatan.

 

"Semua data dalam sektor kerajaan adalah selamat,"

 

"Tidak ada kebocoran data, dan kami mendapati tiada isu mengenai integriti data,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

 

Bagaimanapun, Gobind berkata, terdapat percubaan pancingan data semasa gangguan IT yang berjaya dihalang oleh kerajaan.- DagangNews.com