GCAP memeterai MoU dengan SMART Sabah teroka teknologi hijau | DagangNews Skip to main content

GCAP memeterai MoU dengan SMART Sabah teroka teknologi hijau

Majlis memeterai perjanjian yang dilakukan oleh Pengarah Projek GCAP, Khairul Anuar bin Mohamad (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Smart Sabah Corporation Sdn Bhd, Alfian Ahmad di Ibu pejabat SMART Sabah, Kota Kinabalu hari ini.

 

 

KUALA LUMPUR 13 Ogos  – G Capital Berhad memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Smart Sabah Corporation Sdn. Bhd. bagi mengadakan kerangka kerja kolaborasi berkaitan peluang perniagaan dan potensi kerjasama niaga.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, GCAP memberitau MoU itu mengandungi keinginan bersama untuk mengadakan kolaborasi, tetapi tidak terhadap kepada projek teknologi hijau yang dirujuk sebagai Projek Merancang, Merekabentuk, Membangun, Melaksana dan Menyelenggara Loji Pengeluar Tenaga Hijau  Sabah (Tenaga Elektrik) 3500 MW di Pantai Timur Sabah yang bakal dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

 

SMART Sabah, diterajui oleh Dato’ Sri Bung Mokhtar Radin sebagai pengerusi, merupakan syarikat milik kerajaan negeri yang terlibat di dalam bidang menyediakan perkhidmatan maklumat, komunikasi dan teknologi dan berkaitan pengurusan serta perkhidmatan perunding keselamatan.

 

Menurut Bung Mokhtar, kolaborasi itu menandakan satu lagi pencapaian untuk merealisasikan wawasan SMART Sabah menjadikan Sabah sebagai negeri hijau pertama di Malaysia.

 

Pengarah Eksekutif GCAP, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pihaknya begitu gembira dengan kolaborasi ini, dan yakin ia akan membawa kepada perjalanan yang bermanfaat kepada pemegang saham syarikat.

 

“Kami telah menetapkan lengkuk yang tepat daripada langkah kepelbagaian perniagaan ke dalam perniagaan penyediaan rumusan tenaga, menyaksikan syarikat meraih banyak peluang penyedian rumusan tenaga yang akan memanfaatkan orang ramai,” katanya. – DagangNews.com