GEC, NAICO Malaysia jalin perkongsian strategik pacu industri aeroangkasa | DagangNews Skip to main content

GEC, NAICO Malaysia jalin perkongsian strategik pacu industri aeroangkasa

Abd Hafiz (kiri) dan Shamsul Kamar selepas memeterai kerjasama strategik antara GEC dan NAICO Malaysia.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Penganjur bersama Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi (LIMA) 2025, Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd (GEC) memeterai kerjasama dengan Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (NAICO Malaysia) bagi perkongsian strategik.

 

GEC dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama bertujuan memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak, memperluaskan jangkauan pasaran dan memberikan nilai tambah kepada pemain industri aeroangkasa.

 

“Sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik ini, GEC dan NAICO Malaysia akan bekerjasama untuk memperluaskan jangkauan LIMA rakan tempatan dan luar negara kedua-duanya,” kata kenyataan itu.

 

Jelas GEC, perkongsian strategik telah bermula pada 21 Ogos dengan kedua-dua syarikat terlibat dalam mempromosikan LIMA 2025 sebagai asas perkongsian.

 

Kapal
Industri aeroangkasa negara dilihat positif untuk berkembang - gambar hiasan.

 

Kerjasama ini menekankan komitmen GEC kepada inovasi dan pertumbuhan industri.

 

Ia turut mengukuhkan komitmen NAICO Malaysia untuk menyediakan nilai yang luar biasa kepada pemain industri aeroangkasa.

 

Dalam kenyataan yang sama, Pengarah Urusan GEC, Abd Hafiz A Bakar menjelaskan, kerjasama dengan NAICO Malaysia selaras dengan matlamat strategik syarikat.

 

“Kerjasama ini membolehkan kami menggabungkan pengalaman dan sumber untuk menghasilkan penyelesaian baharu. 

 

“NAICO Malaysia mempunyai rekod yang terbukti kecemerlangan dalam bertindak sebagai titik fokus bagi pemangku kepentingan sektor aeroangkasa, kementerian dan agensi kerajaan yang sesuai 

 

Kapal
Majlis Pelancaran LIMA 2025 telah diadakan pada April lalu di Kuala Lumpur oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.
 

 

 

“Ini termasuklah universiti, dan institut penyelidikan untuk bekerjasama dalam meningkatkan kecekapan dan keupayaan industri penerbangan tempatan,” katanya.

 

Beliau menambah, kerjasama ini akan membawa kemajuan besar dalam sektor angkasa tanah air.

 

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif NAICO, Prof. Ts. Shamsul Kamar memberitahu, kolaborasi dengan GEC pada LIMA 2025 merupakan peluang menarik bagi pihaknya.

 

“Kami percaya perkongsian ini akan memberi manfaat kepada pelanggan dan pemangku kepentingan kami secara signifikan,

 

“Pengalaman kami dalam teknologi perniagaan, pembangunan kemahiran, pertumbuhan rantaian bekalan dan pelaburan akan menjadi aset yang berharga kerana kami bekerjasama rapat dengan GEC untuk mencapai matlamat bersama sebagai rakan kongsi,” ujar beliau. - DagangNews.com