‘Haters’ Azizan Osman jadi fanatik selepas dicabar rakan sertai program Bangkit Bina Bisnes Berjaya | DagangNews Skip to main content

‘Haters’ Azizan Osman jadi fanatik selepas dicabar rakan sertai program Bangkit Bina Bisnes Berjaya

Faisal Robhban Ahmad diwawancara wartawan DagangNews.com ketika menyertai 10x Bina Bisnes Berjaya 2022 di Setia Alam pada 30 Oktober 2022. - DagangNews.com
Oleh FAIZAL ZAKARIA

BERTAHUN-tahun usahawan berasal dari Kelantan ini menyimpan perasaan sangsi. Bukan itu sahaja sangsi, sebut sahaja Azian Osman dan RichWorks, dia terus membentak dengan perkataan ‘scammer.’

 

Bagaimanapun persepsi itu sekelip mata berubah gara-gara dia dicabar menghadiri program Bangkit Bina Business Berjaya pada Jun lalu.

 

“Asalnya saya dah nak angkat kaki dah, tapi apa yang buat saya terdiam bila ada perkataan ‘switch’ dilaungkan. Ketika itu perasaan saya benar-benar berubah, persepsi dan semangat menjadi lain.

 

“Rancangan asal saya mahu balik... batal malah saya terus habiskan program dua hari. Hari kedua saya sertai terus sertai program Titan,” kata Faisal Robihan.

 

Nama Faisal Robhban Ahmad mungkin tidak terkenal dalam dunia perniagaan namun jenama kosmetik Dnars Skincare milik Allahyarham adiknya Faziani Rohban Ahmad cukup terkenal sebelum beliau maut dalam nahas jalan raya pada 2019.

 

 

dnars
Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, pengasas jenama kosmetik Dnars Skincare kini diuruskan oleh Faisal Robhban Ahmad.

 

 

Untuk rekod, Faziani meninggal dunia ketika dalam misi menyampaikan zakat sempena sambutan Ramadan di Pattani, Thailand pada 18 Mei 2019.

 

Kata Faisal, episod duka itu ditambah dengan cabaran dalam perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) berikutan wabak Covid-19 yang dikuatkuasakan pada Mac 2020.

 

“Kosmetik jenama Dnars ketika itu dipasarkan melalui rangkaian runcit atau ejen tertentu. Bila orang tidak bergerak maka stok kita langsung tak bergerak.

 

“Iklan pula kami terpaksa hentikan kerana kos iklan lebih tinggi berbanding jualan yang kami dapat,” katanya.

 

 

richworks

 

 

Faisal yang menyertai program Titan pada Jun lalu menyatakan, bukan hanya beliau yang merasai perubahan dirinya malah orang di sekeliling turut menyedarinya.

 

“Orang kata kita berkepak. Berkepak itu bukan kita berlagak atau hidung tinggi, tapi (sebenarnya) kita ada keyakinan diri. 

 

“Apa yang doc (Azizan Osman) lakukan ialah ubah gaya berfikir. Alhamdulillah, saya sudah pun menghabiskan sesi one-to-one bersama doc. Kini saya lebih fokus.

 

 

richworks

 

 

“Dulu staf tak tau nak buat apa, tapi sekarang mereka lebih fokus sebab kita pasti dengan matlamat akhir,” katanya ketika ditemui DagangNews.com di Setia City Convention Centre sempena 10x Bina Bisnes Berjaya 2022 yang diadakan selama tiga hari berakhir semalam.

 

 Tambah Faisal, hasil daripada program bimbingan Titan yang dikendalikan sendiri Azizan mula memberi impak kepada perniagaan seawal bulan pertama.

 

“Jualan bulan pertama naik 10%, bulan kedua naik 15% dan hari ni genap bulan ketiga, walaupun saya tidak ada angkanya tetapi insya-Allah tidak kurang daripada 17%.

 

 

richworks

 

 

“Kami yakin Dnars akan kembali kepada keadaan seperti sebelum adik saya meninggal dunia dalam tempoh dua tahun lagi sebelum saya serahkan kembali kepada anak-anak allahyarham.

 

“Dulu memang saya dalam kelompok ‘haters’ tetapi kini saya tak kisah jika orang kata saya fanatik Azizan kerana saya rasa dan nikmati hasilnya,” katanya. - DagangNews.com