The Haven dan TUI BLUE jalin kerjasama strategik tingkatkan pemasaran, kualiti pengalaman tetamu | DagangNews Skip to main content

The Haven dan TUI BLUE jalin kerjasama strategik tingkatkan pemasaran, kualiti pengalaman tetamu

The Haven merupakan resort bertaraf lima bintang yang dikelilingi kehijauan semulajadi.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 10 Sept - The Haven Resorts (The Haven), resort bertaraf lima bintang menjalinkan kerjasama strategik dengan TUI BLUE bagi mempertingkatkan pemasaran, pengurusan dan layanan kepada tetamu pada tahap global.

 

TUI BLUE merupakan rangkaian hotel antarabangsa terkemuka yang juga salah satu jenama pengendali pelancongan utama di Eropah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif The Haven, Peter Chan berkata, kerjasama ini dapat mengangkat lagi kualiti serta pengalaman tetamu di The Haven.

 

“TUI BLUE merupakan rangkaian hotel antarabangsa yang menawarkan pengalaman penginapan unik. Ia memfokuskan perkhidmatan berkualiti, masakan tempatan serta pelbagai aktiviti rekreasi. 

 

Perak

 

“Kerjasama ini dijangka menarik lebih ramai pelancong khususnya yang mencari hospitaliti peribadi dan pengalaman budaya tempatan yang berbeza.

 

“Saya yakin, The Haven akan mengalami pertumbuhan yang lebih signifikan,” katanya semasa berucap pada majlis pengumuman kerjasama tersebut di sini.

 

Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin; Ketua Pegawai Eksekutif TUI BLUE, Artur Gerber dan Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia-Jerman, Jan Noether.

 

Kerjasama ini dilihat sebagai langkah pertama TUI BLUE memasuki pasaran Malaysia dan Singapura, sekaligus merancakkan sektor pelancongan di Ipoh.

 

Dengan rangkaian TUI BLUE, ia bakal meningkatkan pertumbuhan yang lebih besar dalam industri pelancongan di sini.

 

Perak
Peter Chan (tengah); Artur Gerber (tiga dari kanan) dan Rumaizi (tiga dari kiri) pada pelancaran kerjasama strategik di The Haven, Ipoh.
 

 

Perak

 

Sementara itu, Artur Gerber berkata, jalinan kerjasama itu merupakan yang pertama di Malaysia.

 

“Hari ini merupakan detik penting dan bersejarah bagi jenama TUI BLUE sempena pelancaran hotel pertama kami di Malaysia, di bandaraya Ipoh yang mempesonakan. 

 

"Kami yakin kerjasama ini berupaya menetapkan piawaian baharu dalam industri hospitaliti,” katanya.

 

Tambahnya lagi, tetamu yang bakal menginap di TUI BLUE The Haven Ipoh akan menikmati sentuhan bilik moden yang menekankan keselesaan dan keanggunan serta kemudahan terbaru yang dipertingkatkan.

 

“Selain itu, tetamu berpeluang menikmati pelbagai pilihan masakan antarabangsa. 

 

“Kolaborasi ini memperkukuhkan komitmen The Haven Resorts untuk menjadikan setiap detik penginapan adalah istimewa, berbeza, dan penuh kenangan yang tidak mungkin dilupakan,” katanya. - DagangNews.com