HLIB kekal berhati-hati terhadap prospek sektor teknologi | DagangNews Skip to main content

HLIB kekal berhati-hati terhadap prospek sektor teknologi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Julai - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research kekal berhati-hati terhadap prospek sektor teknologi berdasarkan asas yang tidak menggalakkan bagi jangka pendek dan pertengahan.

 

Firma itu juga berkata, saham sektor itu juga didagangkan pada penilaian yang tinggi.

 

Firma itu berkata, permintaan daripada sektor automotif dijangka kukuh memandangkan kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan autonomi (AV) memerlukan kandungan semikonduktor yang jauh lebih tinggi.

 

Katanya, sementara permintaan pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC) dijangka mengalami pemulihan yang kukuh apabila pemain teknologi global bergegas untuk membangunkan keupayaan kecerdasan buatan.

 

"Bagaimanapun, tempahan untuk segmen HPC dan telefon pintar yang mengutamakan pengguna dijangka berkurangan dipengaruhi oleh tekanan inflasi.

 

"Disebabkan bahagian pasaran PC dan telefon pintar yang besar bagi permintaan semikonduktor global, lebih 60%, kelemahan mereka tidak mungkin mengimbangi kekuatannya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu mengekalkan penarafan 'neutral' terhadap sektor teknologi dengan ITMAX Sytem Berhad menjadi pilihan utama.

 

Firma itu menetapkan harga sasaran (TP) RM1.80 pada saham ITMAX.- DagangNews.com