HLIB mulakan liputan terhadap ITMAX System dengan saranan 'beli', TP RM1.70 | DagangNews Skip to main content

HLIB mulakan liputan terhadap ITMAX System dengan saranan 'beli', TP RM1.70

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Dis - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research memulakan liputan terhadap ITMAX System Berhad dengan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) RM1.70.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu menjalankan dua perniagaan iaitu pembekalan dan pemasangan sistem rangkaian.

 

Kumpulan itu juga menyediakan kemudahan rangkaian Platform sebagai Servis (PaaS) yang membekalkan perkhidmatan bersepadu dan holistik terdiri daripada Infrastrukstur sebagai Servis (IaaS), Perisian sebagai Servis (SaaS), AIaaS dan DBaaS.

 

Katanya, kumpulan itu mampu bersaing kerana memiliki pasukan R&D sendiri untuk reka bentuk dan pembangunan sistem rangkaian ruang awam selain model perniagaan mampan dengan hasil berasaskan projek yang berulang.

 

Pada masa sama mereka memilik MAN di Kuala Lumpur dan tempahan kontrak yang sihat.

 

“Kami mengaitkan gandaan P/E sebanyak 25x untuk ITMAX yang disandarkan kepada pendapatan FY24, menghasilkan TP sebanyak RM1.70.

 

“Memandangkan tiada perbandingan tempatan yang tepat, ia adalah sejajar dengan purata rakan setara globalnya sebanyak 24.5x yang terdiri daripada penyedia penyelesaian bandar pintar, PaaS, IaaS, SaaS, AIaaS dan pemain DB aaS.

 

"Kami percaya bahawa penyedia sistem dan penyelesaian bersepadu bandar pintar buatan sendiri ini merupakan kes yang menarik memandangkan potensi pertumbuhan berbilang tahun di sebalik tempahan dan tender yang kukuh," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. - DagangNews.com