HLIB optimis terhadap prospek pendapatan Hiap Teck dipacu pelancaran projek infrastruktur, aliran kerja swasta | DagangNews Skip to main content

HLIB optimis terhadap prospek pendapatan Hiap Teck dipacu pelancaran projek infrastruktur, aliran kerja swasta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 1 Julai - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research optimis terhadap prospek pendapatan Hiap Teck Venture Bhd dipacu pelancaran projek infrastruktur mega dan aliran kerja swasta yang banyak di negara ini.

 

Selain itu katanya, ia juga didorong peningkatan kapasiti penggunaan relau baharu Eastern Steel Sdn Bhd (ESSB) yang akan meningkatkan sumbangan terhadap keuntungan kumpulan itu serta permintaan produk keluli China bertambah baik.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran pendapatan kumpulan itu buat masa ini bagi mendapatkan lebih banyak kemas kini daripada pengurusan.

 

"Kami menyukai kumpulan itu kerana kuci kira-kira yang sihat dengan kadar penggearan bersih sebanyak 0.46x pada 30 April 2024 dan pertumbuhan berbilang tahun dalam pendapatan ESSB disokong oleh usaha berterusan dalam meningkatkan kecekapan kos serta pengembangan kapasiti utama," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Untung bersih Hiap Teck pada 3QFY24 melonjak 3 kali ganda kepada RM46.8 juta didorong jumlah jualan tinggi

 

Firma penyelidikan itu berkata, untung bersih kumpulan tu pada 3QFY24 meningkat kepada RM46.82 juta, daripada RM15.03 juta setahun sebelumnya, dipacu oleh bahagian keuntungan yang lebih tinggi daripada syarikat kerjasamanya.

 

Pendapatan sesaham untuk 3QFY2024 meningkat kepada 2.69 sen, daripada 0.86 sen sebelumnya. Hasil meningkat 7.14% kepada RM399.68 juta daripada RM373.03 juta pada jumlah jualan yang lebih tinggi, walaupun purata harga jualan lebih rendah.

 

"Kumpulan itu akan memberi tumpuan kepada strategi perolehan yang berkesan, pengurusan inventori yang cekap dan penambahbaikan operasi berterusan. 

 

"Sehingga kini, ia telah berjaya menggunakan 90% daripada kapasiti relau baharu dan menyiapkan kemudahan tambahan lain," katanya.- DagangNews.com