Honda, Mitsubishi tawar program bantuan banjir kepada pelanggan yang terjejas | DagangNews Skip to main content

Honda, Mitsubishi tawar program bantuan banjir kepada pelanggan yang terjejas

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 23 Dis - Honda Malaysia dan Mitshubishi Motors Malaysia menawarkan program bantuan banjir buat pelanggan mereka yang terjejas akibat bencana alam itu.

 

Honda Malaysia menyediakan diskaun 25% terhadap alat ganti tulen kenderaan dan pelanggan dinasihatkan untuk datang ke pusat jualan rasmi untuk melakukan pemeriksaan dan tawaran itu sah sehingga 31 Januari 2022.

 

Pelanggan yang melanggan Honda Insurance Plus (HiP) akan diberikan pemeriksaan kenderaan percuma selain layak menerima elaun banjir sebanyak RM1,500 untuk meringankan beban mereka.

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, pihaknya bersimpati dengan situasi yang melanda beberapa negeri di negara ini dan akan terus berusaha mencari pndekatan untuk membantu pelanggan yang ditimpa kesusahan.

 

"Kami berharap, program bantuan banjir yang dilakukan dapat mengurangkan bebanan pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Mitshubishi Motors Malaysia menawarkan diskaun 30% untuk alat ganti tulen serta diskaun 50% untuk kos pekerja untuk kenderaan yang pelanggan yang terjejas akibat banjir dan tawaran itu disediakan sehingga 20 Januari 2022.

 

honda

 

Mitsubishi Motor juga akan memberikan khidmat penundaan percuma menerusi Bantuan Mitsubishi 24 Jam (MA24) di talian 1-800-88-2166.

 

mist

 

Pelanggan yang tidak memiliki perlindungan insurans dan MA24, mereka boleh mendapatkan khidmat penundaan Mitsubishi Motors dengan rebat RM300 sleepas membuat laporan polis dan menunda kenderaan berkenaan ke pusat penyelenggaraan Mitsubishi berhampiran. 

 

Ketua Pegawai MMM, Shinya Ikeda, kakitangan pihaknya dan pusat penyelenggaraan mereka bersedia untuk membantu pelanggan yang terjejas. - DagangNews.com