Hospital Columbia Asia Taiping jadi Pusat Pemberian Vaksin | DagangNews Skip to main content

Hospital Columbia Asia Taiping jadi Pusat Pemberian Vaksin


TAIPING 2 Julai – Hospital Columbia Asia Taiping telah dipilih sebagai pusat pemberian vaksin bagi penduduk bandar tersebut, mulai 5 Julai ini.

 

Pusat Pemberian Vaksin di hospital ini adalah bagi penerima vaksin yang telah mendapat makluman rasmi menerusi MySejahtera sahaja, dan tiada `walk-in’ akan dilayan.

 

Pengurus Pemasaran hospital, Mohd Yazid Md Yunus berkata, orang ramai yang sudah menerima makluman vaksinasi, diminta hadir sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal daripada masa yang dipanggil.

 

“Sila patuhi SOP, bawa bersama dokumen penting iaitu kad pengenalan dan telefon bimbit yang anda gunakan untuk mendaftar aplikasi MySejahtera.

 

“Ini kerana anda perlu mengimbas aplikasi itu semasa datang untuk vaksinasi,” kata beliau ketika dihubungi DagangNews.com hari ini.

 

Mohd Yazid menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memeriksa dengan teliti data MySejahtera mereka mengenai makluman atau temujanji supaya ingat tarikh, masa dan pusat vaksinasi yang betul seperti tertera di MySejahtera.

 

“Bagi anda yang memerlukan bantuan untuk bergerak seperti kerusi roda, hanya seorang peneman dibenarkan masuk bersama-sama.

 

“Sila pakai pakaian yang longgar atau berlengan pendek bagi memudahkan proses vaksinasi,” ujar beliau.

 

tiktok

 

 

Beliau juga mengingatkan orang ramai yang tidak sihat supaya tidak datang ke pusat PPV, termasuk mereka yang sudah membatalkan atau mengatur balik tarikh temujanji.

 

“Maklumkan kepada kakitangan kami jika anda ada isu kesihatan atau mengambil sebarang ubat termasuk pain killers sebelum divaksinasi,” katanya.​

 

Orang ramai boleh menghubungi Hospital Columbia Asia Taiping di talian 05-820 8888​ atau emel: customercare.taiping@columbiaasia.com ​untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com