Hospital Pakar Ohana milik Jentayu Sustainable ditutup sementara selepas lesen dibatalkan | DagangNews Skip to main content

Hospital Pakar Ohana milik Jentayu Sustainable ditutup sementara selepas lesen dibatalkan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 April - Hospital Pakar Ohana milik Jentayu Sustainable Berhad yang terletak di Setapak ditutup sementara sehingga satu tarikh yang ditentukan selepas lesennya dibatalkan kerana gagal mematuhi prosedur operasi yang ditetapkan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, hospital yang dikendalikan anak syarikatnya, Ultimate Forte Sdn. Bhd. telah menerima notis penutupan itu sebelum ini. 

 

Sebelum penutupan hospital, semua pesakit telah selamat dipindahkan ke pusat perubatan lain.

 

Kumpulan itu berkata, pengurusannya telah membuat beberapa penambahbaikan dalam proses dan prosedur hospital untuk mencapai standard penjagaan kesihatan tertinggi Malaysia selepas memperoleh Ultimate Forte pada Februari tahun lepas.

 

"Hospital pakar itu telah memanggil penasihat yang diperlukan, termasuk penasihat undang-undang, untuk memudahkan rayuan dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan untuk membatalkan keputusan melalui rayuan terus kepada menteri kesihatan," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, berkata bahawa hospital itu akan mengambil kesempatan daripada tempoh penutupan untuk memperkenalkan penilaian lebih ketat dan ketegasan dalam pematuhannya untuk menambah baik prosedur operasi bagi mematuhi piawaian kerajaan dan memastikan persekitaran yang selamat untuk pesakit. - DagangNews.com