Iconic Worldwide lancar projek 'mewah mampu milik' Iconic Harmony di Bukit Mertajam dengan GDV RM255 juta | DagangNews Skip to main content

Iconic Worldwide lancar projek 'mewah mampu milik' Iconic Harmony di Bukit Mertajam dengan GDV RM255 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Mac - Iconic Worldwide Bhd menerusi Iconic Maison Sdn Bhd mengumumkan pelancaran Iconic Harmony, sebuah projek hartanah di Alma, Bukit Mertajam dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM255 juta.

 

Projek pembangunan hartanah 'mewah mampu miliki' itu menampilkan lebih 30 kemudahan termasuk kolam infiniti, taman permainan air kanak-kanak, gelanggang bola keranjang 'half court', jakuzi, kawasan hijau, kawasan rekreasi, gimnasium, hab komuniti serta lot kedai komersial. 

 

Iconic Harmony terdiri daripada 751 rumah mampu milik pegangan bebas dalam bangunan moden 36 tingkat, serta 16 unit lot kedai dua tingkat. 

 

Setiap unit kediaman mempunyai keluasan binaan seluas 900 kaki persegi dan dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

 

Terletak di persimpangan Jalan Rozhan dan Jalan Alma, Iconic Harmony terletak hanya beberapa minit dari kedai makanan dan minuman, bank, pasar basah, sekolah, Hospital Bukit Mertajam dan pelbagai pasar raya besar.

 

iconic
Datuk Seri Tan Keat Tet (kanan) bersama dua Pengarah Eksekutif Iconic Worldwide, Katherine Tan (kiri) dan Jason Chung (dua dari kiri) semasa pelancaran unit pameran, Iconic Maison di Bukit Mertajam, baru-baru ini.

 

Pengerusi Eksekutif Iconic Worldwide, Datuk Seri Tan Keat Tet berkata, dengan pelbagai kemudaha, Iconic Harmony direka selaras dengan fokus kumpulan kepada kualiti, nilai untuk wang dan penyerahan tepat pada masanya. 

 

Beliau berkata, pihaknya berusaha untuk mencipta ruang seperti taman, taman permainan air kanak-kanak dan gimnasium dengan matlamat mewujudkan ruang untuk penduduk berinteraksi antara satu sama lain.

 

“Lokasi strategik Iconic Harmony di tengah-tengah Alma juga menjadikannya padanan sempurna untuk gaya hidup keluarga moden. 

 

"Saya percaya projek Iconic Harmony akan mentakrifkan semula maksud 'kemewahan mampu milik'," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

 

Selain itu, tiga pembeli bertuah juga berpeluang memenangi Tesla Model 3, BYD Atto 3 dan Honda WR-V, dengan nilai keseluruhan RM500,000. - DagangNews.com