Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 30 Okt. - Syarikat pemasaran inai asli, Inaidamia Sdn. Bhd. (Inaidamia) melancarkan sistem pengurusan ejen secara digital yang dikenali sebagai INAI2U.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amirul Naain Zulkhairi berkata, langkah itu adalah sebagai penambahbaikan bagi menggantikan sistem pengurusan ejen yang sedia ada.
"Sistem ejen INAI2U bertujuan untuk menjamin pengurusan dalam ekosistem jaringan pengedar yang lebih cekap dan akan membantu para pengedar untuk menguruskan perniagaan dan pasukan dengan lebih sistematik.
"Beberapa penambahbaikan yang terdapat dalam INAI2U adalah sistem pendaftaran pengedar dan pembelian yang lebih bersistematik.
"Paparan laporan data jualan, ranking pengedar berasaskan KPI juga turut diaktifkan dalam sistem ejen INAI2U ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perubahan kepada sistem digital itu juga membantu 356 orang pengedar yang sedia ada selain memberikan nilai tambah dan perkongsian keuntungan yang lebih baik dan telus pada semua pengedar dan ejen yang berdaftar.
Penyata pendapatan juga boleh dimuat turun secara automatik setiap bulan untuk memudahkan dokumentasi.
Lebih menarik, sistem itu turut membolehkan pendapatan pengedar diwarisi dengan memasukkan maklumat pengedar ke dalam sistem semasa pendaftaran.
"Sistem ini turut menyediakan khidmat pos secara berpusat melalui ibu pejabat. Ini mengurangkan keperluan pengedar untuk berurusan di luar rumah sekaligus risiko jangkitan virus COVID-19 dan kemalangan dapat diminimumkan.
“Dalam krisis COVID-19, sistem pengurusan INAI2U ini disediakan untuk membolehkan pengedar dan ejen untuk lebih fokus pada jualan dan menambah pendapatan," katanya lagi. - DagangNews.com