Ir. Sharifah Azlina diangkat sebagai Ahli Kehormat Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN | DagangNews Skip to main content

Ir. Sharifah Azlina diangkat sebagai Ahli Kehormat Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Dis - Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi perunding kejuruteraan dan pengurusan projek HSS Engineers Berhad, Ir. Sharifah Azlina Raja Kamal Pasmah diangkat sebagai Ahli Kehormat Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN. 

 

Beliau dicalonkan oleh Institusi Kejuruteraan Malaysia pada 2020 sebagai mengiktiraf sumbangan beliau kepada Wanita dalam Sains, Kejuruteraan & Teknologi, kehebatan semangat yang luar biasa, integriti dan pengabdian kepada profesion kejuruteraan dan perkhidmatan cemerlang ke arah pembinaan negara.

 

Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN mengehadkan bilangan pencalonan Ahli Kehormat kepada 10 sahaja setahun.

 

Sharifah Azlina menerima anugerah itu pada Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN ke-40 (CAFEO 40) di Phnom Penh, pada 7 Disember 2022.

 

Naib Pengerusi Eksekutif HSS Engineers, Tan Sri Ir. Kuna Sittampalam berkata, penganugerahan beliau ke dalam Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN sememangnya wajar, memandangkan komitmen dan kepakarannya yang luar biasa dalam pelbagai projek pengangkutan bandar termasuk Transit Aliran Bas Iskandar, Pelan Induk Kuala Lumpur 2040 serta pelbagai usaha menjaga alam sekitar.

 

"Kumpulan HEB berbangga dengan penganugerahan itu kerana ia menunjukkan semangat kepelbagaian dan keterangkuman yang sihat sebagai teras teras budaya kumpulan.

 

"Tambahan pula, Sharifah Azlina merupakan satu-satunya Ahli Majlis Persatuan Jurutera Perunding Malaysia Sesi dari 2019 hingga 2022, dan kini berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbadanan Industri Rel Malaysia dan Ahli Lembaga dalam Lembaga Jurutera Malaysia sejak 2022," katanya. - DagangNews.com