Jaks Resources tandatangani PPA tenaga solar fotovoltaik dengan TNB | DagangNews Skip to main content

Jaks Resources tandatangani PPA tenaga solar fotovoltaik dengan TNB

PPA itu dijangka tidak memberi sebarang impak kepada pendapatan dan aset bersih Jaks Resources Bhd. bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. - Gambar hiasan

 

 

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Jaks Resources Bhd. menerusi anak syarikatnya, Jaks Solar Nibong Tebal Sdn. Bhd. (JSNTSB) menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) berhubung loji tenaga solar fotovoltaik bersakala besar dengan Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, kumpulan berkata, JSNTSB akan mereka bentuk, membina, memiliki, menjalankan operasi dan menyelenggara kemudahan jana kuasa tenaga fotovoltaik dengan kapasiti 50MWac di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang untuk menjana dan menghantar tenaga kepada syarikat utiliti itu.

 

"PPA ini menuntut obligasi JSNTSB dan TNB untuk menjual dan membeli output elektrik bersih yang dijana bagi tempoh 21 tahun. 

 

"Ia bermula daripada tarikh operasi komersial bersesuaian dengan terma dan syarat seperti yang ditetapkan dalam PPA," katanya. 

 

Jaks Resources berkata, PPA itu dijangka tidak memberi sebarang impak kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

 

"Bagaimanapun, dengan loji solar dijangka memulakan operasi komersial pada 2023, ia dijangka menyumbang secara positif kepada kumpulan syarikat," jelasnya. - DagangNews.com