NEW YORK 11 Sept. - Citigroup Inc C.N mengumumkan pelantikan ketua pembankan konsumernya, Jane Fraser sebagai ketuag eksekutif, menjadikannya wanita pertama menerajui bank global Wall Street.
Fraser, 53, yang dianggap sebagai bintang yang berkembang di dalam industri kewangan, memiliki pengalaman kerja yang luas di dalam bank pelaburan, pengurusan kekayaan, mengurus penyelesaian dan strategi gadai janji bermasalah di Amerika Latin – yang merupakan pasaran penting bagi Citigroup.
Beliau akan mengambil alih jawatan itu daripada Michael Corbat pada Februari 2021, lapor Reuters.
Kenaikan pangkat Fraser sebagai CEO disambut baik sebagai langkah ke hala tuju yang tepat bagi industri perbankan yang selama ini hanya beberapa wanita sahaja yang dapat menduduki jawatan paling kanan.
"Berita sangat hebat bagi syarikat dan wanita di mana sahaja!” tweet ketua operasi dan teknologi Bank of America Corp BAC.N, Cathy Bessant. "Detik besar dan gemilang!"
Di dalam memo dalaman, Corbat menggambarkan peranan baharu Fraser sebagai detik bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi Citigroup.
Fraser bakal menyertai kumpulan kecil wanita yang telah `memecah masuk ke dalam siling kaca’ bagi mencapai `C-suite’ di syarika-syarikat gergasi kewangan global.
Selain Bessant, wanita lain berjawatan kanan ialah CEO Fidelity Investments Abigail Johnson; ketua pembiayaan konsumer JPMorgan Marianne Lake dan ketua kewangan JPMorgan Jennifer Piepszak; serta Alison Rose, CEO NatWest di England.
Hanya 37 syarikat di dalam senarai Fortune 500 tahun ini diterajui oleh wanita. – DagangNews.com