Janji temu 'online' dibatalkan, KWSP terus ditutup hingga 28 Jun ini | DagangNews Skip to main content

Janji temu 'online' dibatalkan, KWSP terus ditutup hingga 28 Jun ini

KWSP

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 14 Jun  - Pejabat dan kaunter perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara akan terus ditutup hingga 28 Jun 2021.

 

KWSP berkata, penutupan sementara itu dibuat selaras dengan lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 atau 'total lockdown' yang diumumkan kerajaan.

 

.

 

"Untuk makluman, semua pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP akan ditutup sementara bermula 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021.

 

"Semua Janji Temu Online (JTO) akan dibatalkan.

 

"Anda perlu membuat janji temu semula dan memilih tarikh baru iaitu selepas tempoh 'total lockdown' tamat," jelas KWSP di laman Facebook rasminya hari ini.

 

Terdahulu, KWSP turut menutup operasi pejabat dan kaunter pendaftarannya bagi tempoh dua minggu pelaksanaan 'total lockdown'.

 

Kesemua janji temu turut dibatalkan dalam tempoh berkenaan.

 

.

 

Dalam hantaran yang sama hari ini, KWSP turut menyeru orang ramai agar mengamalkan langkah pencegahan COVID-19.

 

"Amalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19. Utamakan keselamatan kerana ia tanggungjawab kita bersama," ujar KWSP lagi. - DagangNews.com