Jemaah Menteri kekal sokong penuh kepimpinan Muhyiddin | DagangNews Skip to main content

Jemaah Menteri kekal sokong penuh kepimpinan Muhyiddin

GAMBAR Jemaah Menteri dari arkib Pejabat Perdana Menteri.

 

PUTRAJAYA 14 Julai –  Ahli-ahli Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada hari ini, telah membuat keputusan sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 

"Ahli-ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan bahawa setiap keputusan Kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak," menurut kenyataan ahli-ahli Jemaah Menteri Kabinet di sini.

 

"Keutamaan Kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik COVID-19," kata kenyataan tersebut. - DagangNews.com

 

PMO