KUALA LUMPUR 3 April - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia mengumumkan promosi servis bermula 1 April sehingga 31 Mei 2021 bersempena musim perayaan yang bakal menjelang.
Ketua Jualan, Sime Darby Auto ConneXion, Turse Zuhair berkata, pihaknya sentiasa menyasarkan untuk memberikan manfaat dan perkhidmatan tambahan kepada para pelanggan.
"Melalui promosi servis ini, kami mahu menawarkan penjimatan kepada pelanggan pada musim perayaan ini bagi memastikan mereka dan kenderaan mereka berada dalam keadaan selamat dan optimum semasa menjalani aktiviti harian,” kata beliau.
Servis dengan Penjimatan Sehingga 20% Serta Ganjaran Lain
Apabila pelanggan membuat janji temu servis kenderaan semasa tempoh ini, mereka dapat menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti dan minyak enjin terpilih.
Untuk lebih penjimatan, para pelanggan boleh menikmati potongan 20% bagi pakej brek dan tali sawat pemasaan, potongan sehingga 20% untuk pakej minyak pelincir, tambahan pula potongan 10% untuk upah kerja bagi pakej-pakej yang disebutkan.
Untuk lebih kelegaan terhadap para pemilik Ford, mereka boleh mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma yang dilakukan oleh juruteknik Ford yang bertauliah bagi memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang cukup baik.
Di samping itu, para pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM350 dalam satu resit akan mendapat satu mug eksklusif dan sampul hijau akan diberikan kepada semua pelanggan servis.
Alat Ganti Tulen Ford dengan Waranti
Pelanggan tidak perlu bimbang kerana hanya alat ganti pengeluar peralatan asli (OEM) digunakan apabila melakukan servis kenderaan di mana-mana 39 pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara.
Dengan Alat Ganti Tulen Ford, pelanggan mendapat jaminan standard kualiti, pemasangan dan kemasan terbaik kerana alat gantinya memang dibuat khusus untuk kenderaan Ford bagi memastikan prestasi yang cemerlang.
Tambahan lagi, kesemua alat ganti tulen Ford memiliki waranti untuk tempoh 12 bulan atau 20,000km, yang mana terdahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.
Tempah Janji Temu dalam Talian e-Servis Hari Ini
Demi lebih kemudahan, pelanggan boleh menempah janji temu servis secara dalam talian melalui laman web Ford, bila-bila masa dan di mana-mana juga.
Pelanggan juga boleh membuat janji temu e-Servis dalam masa nyata di tujuh Pusat Servis berdaftar Ford di seluruh negara – iaitu Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau.
Pelanggan dapat terus mengetahui slot servis yang ada di pusat yang dipilih dan terus menempah dan mengesahkan waktu yang dipilih, sebulan lebih awal.
Selain itu, pelanggan juga boleh terus menghubungi Pusat Servis Ford atau hubungi Customer Care Hotline di talian 1300 38 3181.
Memandangkan Prosedur Pengendalian Standard (SOP) untuk memerangi COVID-19 dilaksanakan di semua premis, termasuk kawalan kumpulan dan penjarakan sosial, pelanggan dinasihatkan membuat janji temu terlebih dahulu. - DagangNews.com