Johor Plantations sasar RM735 juta daripada IPO Pasaran Utama Bursa Malaysia | DagangNews Skip to main content

Johor Plantations sasar RM735 juta daripada IPO Pasaran Utama Bursa Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Jun - Johor Plantations Group Bhd yang akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 9 Julai 2024 menyasarkan untuk mengumpul RM735 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO).

 

Kumpulan itu berkata, sejumlah RM389.8 juta akan diperoleh menerusi terbitan awam 464 jura saham biasa baharu manakala sejumlah RM345.2 juta akan diperoleh melalui tawaran penjualan 411 juta saham sedia da pada harga 84 sen sesaham.

 

Katanya, sejumlah 50.5% daripada hasil akan diperuntukkan untuk pembinaan kompleks kelapa sawit lestari bersepadu dan penanam semula manakala 43% akan diguna untuk pembayaran balik pinjaman bank dan 1.7% untuk modal kerja. Baki akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.

 

 

Berdasarkan modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 2.5 bilion saham dan harga IPO sebanyak 84 sen sesaham, jangkaan permodalan pasaran ialah RM2.1 bilion selepas penyenaraian an ia dijangka menjadi penyeneraian IPO terbesar di Bursa Malaysia sehingga kini.

 

Pelabur asas sedia da ialah abrdn Islamic Malaysia Sdn Bhd, abrdn Malaysia Sdn Bhd, AHAM Asset Management Berhad, AIIMAN Asset Management Sdn Bhd, Areca Capital Sdn Bhd, Fortress Capital Asset Management (M) Sdn Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang membentuk kira-kira 37.2% daripada jumlah 875 juta saham IPO. 

 

Johor Plantations juga mempunyai dasar dividen untuk mengagihkan sekurang-kurangnya 50% daripada keuntungan teraudit tahunannya selepas cukai yang boleh diagihkan kepada pemegang sahamnya.

 

 

iktisad

 

 

Pengarah Urusan Johor Plantations, Mohd Faris Adli Shukery berkata, pihaknya sentiasa berusaha memenuhi keperluan pihak berkepentingan an kumpulan itu mempunyai perancangan bagi meningkatkan daya saing menerusi usaha meningkatkan pengeluaran minyak awit mentah (MSM) serta perkembangan menerusi usaha hiliran. 

 

"Kami berhasrat untuk mempelbagaikan pertumbuhan masa depan dengan menjadi pengeluar minyak sawit bersepadu sepenuhnya melalui usaha ke dalam segmen hiliran, yang memberi tumpuan kepada minyak dan lemak khusus. 

 

"IPO adalah langkah strategik yang akan membuka potensi penuh kami dan memberikan nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingan kami," katanya.

 

RHB Investment Bank Bhd merupakan penasihat utama, penyelaras global bersama, pemilik buku bersama, penaja jamin urusan dan penaja jamin bagi terbitan IPO itu manakala AmInvestment Bank Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd merupakan penyelaras global bersama, pemilik buku bersama dan penaja jamin bersama. 

 

Sementara itu, CLSA Singapore Pte Ltd dan CLSA Securities Malaysia Sdn Bhd adalah penyelaras global bersama dan pengumpul buku bersama manakala Affin Hwang Investment Bank Bhd ialah pemilik buku bersama dan penaja jamin bersama. - DagangNews.com