Kamarul Ariffin dilantik Pengerusi Revenue Monster Group yang baharu | DagangNews Skip to main content

Kamarul Ariffin dilantik Pengerusi Revenue Monster Group yang baharu

Kamarul Arifin Mohd. Jamil
oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 9 Nov - Syarikat teknologi kewangan Malaysia (fintech), Revenue Monster Group melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Kamarul Arifin Mohd. Jamil sebagai pengerusinya yang baharu.

 

Langkah itu merupakan sebahagian daripada rancangan kumpulan untuk mengembangkan pertumbuhan dalam segmen fintech.

 

Mengambil kira pengalaman yag dimiliki beliau dalam industri perkhidmatan kewangan, kumpulan itu akan meneruskan rancangannya untuk membina apliasi super fintech bagi membantu lebih ramai perniagaan tempatan untuk berubah ke arah digital.

 

Mengulas mengenai pelantikannya sebangai Pengerusi Revenue Monster Group, Kamarul berkata, lebih 7.2 bilion transaksi e-pembayaran direkodkan pada 2021 di Malaysia dan ia menunjukkan pertumbuhan positif dengan lebih ramai rakyat beralih ke arah digital.

 

Beliau berkata, sekarang merupakan masa terbaik untuk perniagaan berubah kepada digital dan berkembang maju dalam ruang e-dagang 

 

"Kumpulan ini mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam industri terutama dalam mengembangkan perkhidmatan dalam perniagaan di Malaysia.

 

"Saya komited untuk memastikan kumpulan mencapai matlamat dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran industri saya untuk memupuk budaya inovasi dan sinergi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Kamarul merupakan graduan ekonomi dari Universiti Cambridge dan berkhidmat lebih sedekad dalam Kumpulan Affin Bank sebelum berkhidmat sebagai Pengerusi Fullrich Malaysia pada 2020.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Monster Group, Lim Kar Aik berkata, pihaknya yakin kumpulan itu akan terus berkembang di bawah kepimpinan pengerusi baharunya.

 

"Kami melantik beliau untuk meningkatkan tadbir urus korporat kami dan melakar hala tuju perniagaan masa hadapan kumpulan," katanya. - DagangNews.com