KUALA LUMPUR 8 Mei - Kenanga Research percaya bahawa kecerdasan buatan (AI) dalam sektor telekomunikasi memerlukan kawal selia bagi memastikan keselamatan siber dalam kalangan pengguna.
Katanya, kawal selia itu bertujuan menentang sebarang ancaman keselamatan siber seperti penipuan dalam talian, pemalsuan mendalam dan pancingan data yang timbul daripada penggunaan AI.
Penubuhan dasar tadbir urus AI adalah penting untuk membina kepercayaan selain menangani kebimbangan mengenai aplikasi itu dan pada masa sama menangani ancaman serta melindungi industri telekomunikasi dan penggunanya.
"Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) mencadangkan bahawa penyedia AI harus telus dalam mendedahkan risiko berkaitan dengan sistem mereka, memudahkan pemahaman yang lebih baik serta membolehkan organisasi dan pengawal selia melaksanakan langkah pengurusan risiko untuk mengurangkan ancaman," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma penyelidikan itu percaya bahawa pelabur kurang berhati-hati terhadap teknologi 5G kerana peluang menghasilkan wang muncul daripada penjualan umusan terurus serta tawaran awan kepad pelanggan perusahaan dalam jangka masa singkat.
Katanya, apabila penggunaan rumusan awan AI generative meriah momentum, ia akan menjadi pemacu pertumbuhan pendapatan bagi pengendali telekomunikasi dalam jangka panjang.
Kenanga Research berkata, pengumuman mengenai arahan dasar Rangkaian Dwi 5G rasmi akhirnya akan menyelesaikan ketidakpastian yang telah menjejaskan sentimen sektor.
"Kami mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor itu dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) dan CelcomDigi Bhd merupakan pilihan utama," katanya. - DagangNews.com