Kelulusan hanya 3 hari untuk ambil pekerja asing dalam sektor 3D - Saifuddin | DagangNews Skip to main content

Kelulusan hanya 3 hari untuk ambil pekerja asing dalam sektor 3D - Saifuddin

PUTRAJAYA 10 Jan - Majikan di tujuh sektor yang memohon pekerja asing dari 15 negara akan mendapat kelulusan dalam tempoh tiga hari.

 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelan itu dinamakan Pelan Kelonggaran Pengambilan Pekerja Asing yang bertujuan terutamanya untuk mengambil pekerja untuk bekerja dalam sektor 3D (Kotor, Berbahaya dan Sukar).

 

“Kerajaan memutuskan untuk memberikan komitmen itu semasa mesyuarat khas pengurusan pekerja asing yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

 

“Pelan itu membolehkan majikan mengambil pekerja asing berdasarkan keupayaan dan keperluan tanpa perlu memenuhi kelayakan pra-syarat pengambilan pekerja serta kelayakan kuota,” katanya pada sidang media di Perdana Putra hari ini.

 

Turut hadir Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar. - DagangNews.com