Kempen YES #FirstToDiscover5G untuk manfaatkan kemudahan teknologi 5G | DagangNews Skip to main content

Kempen YES #FirstToDiscover5G untuk manfaatkan kemudahan teknologi 5G

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 10 Jan - YTL Communications (YES) memulakan tahun 2022 dengan kempen #FirstToDiscover5G yang menawarkan kad sim YES FT5G kepada pelanggan yang memiliki telefon bersesuaian dalam usaha memanfaatkan teknologi 5G di negara ini.

 

Kad sim berkenaan akan diberikan kepada pelanggan bermula hari ini sehingga 14 Februari 2022.

 

Menerusi penggunaan kad sim ini, pelanggan dapat merasai kehebatan teknologi mudah alih yang mampu menyalurkan data pada kelajuan tinggi, liputan yang luas dan pengalaman penggunaan yang lebih menarik.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Komunikasi YTL Communication, Wing K. Leeberkata, terdapat lebih 2 juta pengguna yang memiliki telefon yang sesuai untuk kegunaan 5G dan sebagai langkah menyemarakkan penggunaan 5G di negara ini, pihaknya memperkenalkan kempen #FirstToDiscover5G.

 

Beliau berkata, menerusi kempen itu, orang ramai akan berpeluang merasai sendiri teknologi 5G menerusi kad sim FT5G.

 

"Kami sudah merasai kelebihan teknologi 5G ini dan kesan postif yang akan diberikan kepada kehidupan rakyat Malaysia selain mahu memudahkan orang ramai mendapatkan akses untuk teknologi ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

YES 5G dilancarkan pada Disember 2021 selaras dengan pengenalan perkhidmatan teknologi 5G yang diperkenalkan Digital Nasional Berhad.

 

Yes turut melancarkan Pakej YES #FirstTo5G yang merangkumi akses tanpa had 5G kepada pelanggan hingga 1 April 2022 yang dikenali sebagai YES FT5G Prabayar Tanpa Had, YES FT5G Pascabayar 49 dan YES FT5G Pascabayar 99 bersama telefon.   

 

Pelanggan boleh mendapatkan Pelan YES FT5G menerusi laman web www.yes.my/DiscoverFT5G dan ia akan dihantar ke rumah tanpa sebarang caj tambahan.  

 

Buat masa sekarang, liputan 5G hanya merangkumi beberapa kawasan termasuk Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur. - DagangNews.com