Kenanga Research jangka prospek jangka panjang TNB dipacu oleh permintaan elektrik pusat data | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research jangka prospek jangka panjang TNB dipacu oleh permintaan elektrik pusat data

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kenanga Research menjangkakan prospek jangka panjang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dipacu oleh permintaan elektrik daripada pusat data melebihi 5,000MW menjelang 2035 bersamaan 20% daripada jumlah kapasiti penjaan di Malaysia.

 

Kenanga Research berkata, dengan harga arang batu yang stabil, kumpulan itu mungkin terhindar daripada margin bahan api negative yang besar.

 

"Loji Manjung 4 telah mengalami gangguan secara paksa sejak Disember 2023 akibat getaran tinggi turbin stim, dan kerja-kerja pembaikan dijangka siap akhir tahun ini.

 

"Kami telah menggambarkan kehilangan bayaran kapasiti RM400 juta dalam ramalan FY24," katanya dalam atu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, TNB mencatatkan untung bersih RM715.70 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 (1QFY24), turun 28.6% daripada RM1 bilion yang dicapai setahun lalu disebabkan kerugian pertukaran mata wang asing dan perbelanjaan cukai diiktiraf pada suku tersebut.

 

Hasil lebih tinggi pada RM13.64 bilion berbanding RM12.63 bilion sebelumnya, mencerminkan peningkatan dalam jualan elektrik.

 

Firma penyelidikan tu berkata, hasil 1QFY24 meningkat 8% pada jualan elektrik yang lebih tinggi (11%) terutamanya didorong oleh sektor komersial (11%) dan industri (3%), manakala unit pelaburan tenaga boleh diperbaharui (RE) antarabangsanya, iaitu TNB International (yang terdiri daripada Vantage RE di UK dan Spark Renewables di Australia) melaporkan pertumbuhan hasil sebanyak 50%.

 

Bagaimanapun, katanya, keuntungan teras 1QFY24 kumpulan itu merosot 11% cukai tetapi diimbangi margin bahan api negatif yang lebih kecil dengan ketara sebanyak RM25.8 juta (berbanding RM312.7 juta setahun yang lalu) apabila harga arang batu menjadi stabil. 

 

Jumlah kos bahan apinya turun 13% kerana harga arang batu (ACP) terpakai menjunam 31% kepada RM540.2/MT (tetapi ini telah diluluskan).

 

"Kami terus menyukai TNB kerana penguasaannya dalam penjanaan kuasa, penghantaran dan pengedaran di Malaysia, pendapatan defensifnya disokong ekonomi domestik yang berdaya tahan dan aset yang sebahagian besarnya dikawal.

 

"Selain itu, saluran pertumbuhan baharunya yang didorong oleh permintaan elektrik daripada pusat data dan status saham berkaitan indeks wajaran tingginya," katanya.

 

Kenanga Research mengekalkan saranan 'market perform' dengan harga sasaran (TP) RM12.45 sesaham.- DagangNews.com