Kenanga Research semak naik unjuran untung bersih LPI Capital sebanyak 6% bagi FY23 | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research semak naik unjuran untung bersih LPI Capital sebanyak 6% bagi FY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Feb - Kenanga Research menyemak naik unjuran untung bersih LPI Capital Berhad sebanyak 6% bagi FY23 selepas mengambil kira kadar pengekalan dasar yang lebih baik, menghampiri tahap 35% (daripada 40% yang dimasukkan sebelum ini).

 

Firma itu berkata, unjuran itu bagaimanapun tidak merangkumi perubahan yang dibawa oleh Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 17 (MFRS 17).

 

Katanya, perubahan itu mampu membuatkan pengiktirafan pendapatan yang lebih tinggi untuk kumpulan kerana ia dijangka mengurangkan langkah peruntukan yang lebih konservatif sebelum ini.

 

"Kami masih menunggu penjelasan dan bimbingan selanjutnya daripad akumpulan sebelum membuat pelarasan untu model kami," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu bagi suku keempat berakhir 31 Disember2022 (4QFY22) meningkat sebanyak 14.47% kepada RM83.57 juta berbanding RM73.07 juta bagi suku sama tahun sebelumnya.

 

Keuntungan kumpulan disumbangkan oleh hasil sebanyak RM433.17 juta pada 4QFY22, meningkat daripada RM429.04juta pada 4QFY21.

 

BACA JUGA: Untung bersih LPI bagi 4QFY22 meningkat 14.47% kepada RM83.57 juta

 

Firma itu berkata, bgi jangka pendek, segmen insurans kebakaran boleh menyaksikan persaingan yang lebih besar dirangsang oleh langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Bank Negara pada Oktober 2022.

 

Katanya, insurans motor juga akan menyaksikan pelarasan tarif selanjutnya dalam suku kedua 2023.

 

Bagaimanapun, terdapat sedikit kelegaan berhubung nisbah tuntutan kerana insiden dijangka kurang agresif daripada aktiviti normalisasi.

 

"Di samping itu, kumpulan itu menyaksikan kadar insurans semula yang lebih tinggi bukan disebabkan tekanan teruk pada perlindungannya berikutan situasi banjir Disember 2021," katanya.

 

Firma itu mengekalkan penarafan 'outperform' dengan harga sasaran (TP) RM14.50 sesaham. - DagangNews.com